Hotel review: Lee Garden Hotel, Hat Yai, Thailand.
Alhamdulillah,
semperna class Pirana JSD 2016, dengan segala usaha gigih, berjaya juga kami sampai di hotel yang sepatutnya ni. Ye lah, sebelum sampai di border, suami fara tak lepas di imigresen. Sebab nya? PTPTN beliau ada tunggakan. Nak tau macam mana boleh lepas border ni?
Fara buat blogpost asing:
Actually, hotel ni betul-betul tengah bandar tau. So, semua benda dekat. Kalau anda tengok pemandangan dari tingkap ni, nampak lah pesat betul bandar ni.
Kalau korang nak tau, hotel ni guna universal plug, so, siapa yang tertinggal universal plug, boleh lah beli kat bawah hotel. Ada jual. Tak mahal mana, tapi kalau korang pandai tawar, semua benda boleh dapat harga lebih murah dari harga yang tulis tu.
Bilik dia agak selesa.
Bilik meeting kami.
Swimming pool. fara tak sempat pun mandi sini.
Jangan jadi macam fara, memang naturally tak reti tawar-menawar. Boleh gaduh jadinya nanti! Berhampiran kawasan hotel tu, ada banyak tempat jual goodies. So, kalau korang duduk sini beberapa hari, korang boleh lah survey dulu harga sebelum membeli. Kebanyakkan goodies kat sini harga ok lah, tak mahal mana.
Cuma, bila harga ringgit rendah RM12, lebih kurang 100bath. so pandai-pandai lah korang kira. Kalau rasa berpatutan tu, boleh lah boronggg!!!
Biasa, biala keluar macam ni, fara akan belikan untu anak-anak agen dan stokis #jutawanpink , suka lah diorang bila mak balik dari mana-mana kan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, kita share-share lah.
ps: Kalau nak makan banyak dan murah-murah, uols jangan lupa ke kawasan pasar yang tak jauh dari sini. Ada juga floating market dekat-dekat sini. Naik tuk-tuk atau van, tak mahal sangat kalau ramai-ramai. Yang pentingnya kepakaran uols tawar-menawar.
Aktiviti menarik sekitar sini,
ada juga kawasan rekreasi macam naik gajah, ATV dan crocodile show.
#farapinkJSD










Comments
Post a Comment