Posts

Showing posts from October, 2017

Cara nak lepas imigresyen sebab sangkut PTPTN.

Assalamualaikum, Sekadar perkongsian, masa kami sekeluarga (fara, suami dan 2 anak ke hatyai), bila scan passport, suami punya passport tak lepas. Suami. MR RJ memang tak ada hutang lain, kecuali PTPTN.  Sebulan sebelum ni, kami ada ke Lombok, tapi alhamdulillah tak ada masalah.  So, tak jangka lah yang ni akan sangkut di imigresyen. Pegawai imigresyen tu bagi tau, memang tak boleh lepas. So, fara call nombor PTPTN yang ada di web PTPTN untuk tanya. Katanya, ada tunggakan. Kalau nak lepas, perlu lah bayar dan hanya wassap kan slip pembayaran. Nombor PTPTN careline: 03-21933000 Untuk semak status uols, boleh KLIK SINI. Atau, semak status uols dah kena black list utk ke oversea atau tak, KLIK SINI Apa yang terjadi pada hari tersebut, fara pun bayar secara tunai, melalui Maybank online Caranya: 1. Log in maybank2u 2. Quick Link > Bill Payment 3. Make one off payment 4. Tengok column "view all payees by category 5. Pilih - PTPTN - bayaran ...

Hotel review: Lee Garden Hotel, Hat Yai, Thailand.

Image
Alhamdulillah,  semperna class Pirana JSD 2016, dengan segala usaha gigih, berjaya juga kami sampai di hotel yang sepatutnya ni. Ye lah, sebelum sampai di border, suami fara tak lepas di imigresen. Sebab nya? PTPTN beliau ada tunggakan. Nak tau macam mana boleh lepas border ni?  Fara buat blogpost asing: Cara nak lepas imigresyen sebab sangkut PTPTN. Actually, hotel ni betul-betul tengah bandar tau. So, semua benda dekat. Kalau anda tengok pemandangan dari tingkap ni, nampak lah pesat betul bandar ni.  Kalau korang nak tau, hotel ni guna universal plug, so, siapa yang tertinggal universal plug, boleh lah beli kat bawah hotel. Ada jual. Tak mahal mana, tapi kalau korang pandai tawar, semua benda boleh dapat harga lebih murah dari harga yang tulis tu. Bilik dia agak selesa. Bilik meeting kami. Swimming pool. fara tak sempat pun mandi sini. Jangan jadi macam fara, memang naturally tak reti tawar-menawar. Bo...

Usahalah!

Image
Kalaulah mereka ni pilih untuk duduk rumah semalam. Mungkin hari ni anak-anak kecik mereka terpaksa minum air sirap kerana mak ayahnya tak mampu beli susu anak.   Tapi semalam, dalam hujan lebat, mereka-mereka ni gigih berniaga dalam hujan. Demi anak masing-masing. Mereka pun boleh mengeluh tanpa berusaha.   Tapi mereka pilih untuk gigih bekerja dalam hujan. Moga mereka beroleh rezeki untuk anak-anak mereka. Dan ingatlah, Allah akan beri ganjaran yang setimpal dengan usaha kita. Allah maha melihat. Allah maha mengetahui. #farapinkJSD Facebook FanPage

BAJET 2018: Apa erti rm200??

Apa erti rm200?? Rm2 = sekilo beras. Rm200 dapat 100kg beras. Kalau 5kg sekampit. Dapat bantu 20 keluarga menyambung hidup. Kalau beras packing sekilo, mungkin boleh bantu 100 keluarga menyambung hidup. Awak tak faham nilai sebutir biji beras. Fara faham. Sebutir nasi menyambung hidup kami sekeluarga. Hujan lebat macam ni, mak fara tak ada duit pun nak beli beras. Tak ada siapa pun nak bagi hutang beras. Sedara? Tak payah cerita lah. Mak fara potong 5 biji batu seremban yang isi nya beras. Mak masukkan dalam periuk kecik. Mak buat bubur. Itu lah penyambung makan kami 4 beradik. Masa tu masih sekolah rendah, fara ingan lagi, time tu hujan lebat. Punyalah lapar. Perut berbunyik-bunyik. Fara tidur. tutup perut, sebab perut sakit. Lapar. Lapar sangat. Beras tak ada, lauk? Jauh sekali. Garam pun habis. Mak korek sisa-sisa perencah. Jumpa perencah kurma sikit. Mak taburkan buat perasa. Boleh lah makan. Ayah belum gaji. Hujan lebat macam ni, nak jual goreng pisang pun pisang m...

Perjalanan hidup sebagai ahli, agen, stokis dan leader JSD.

Image
Assalamualaikum, Fara bermula bersama JSD sejak 2012, hanya sebagai pengguna biasa. Alhamdulillah. Satu-per satu masalah dalaman diselesaikan dengan JSD. Mulanya keputihan yang menggangu siang dan malam. Fara ditemukan dengan feminine wash JSD, (botol putih, sticker hijau). Hanya sebagai pengguna biasa, yang guna FW pun jimat-jimat, kerana harganya RM48 tu fara rasa mahal. Kemudian, fara tukar jenama lain, tapi masalah fara tak selesai. Makin teruk, hingga terpaksa ulang pembelian botol FW JSD yang kedua. Masih guna jimat-jimat. Lepas mengandung, ada masalah baru pulak. Kegatalan tak berenti. Sampai lah fara gunakan Masker Vagina. Alhamdulillah, macam magik!!! Bila sapu je, terus hilang gatal tu. masih fara ingat macam mana eksaited nya fara bagitau "Pengedar" JSD tu, terus fara register jadi agen. Masa tu tahun 2013, tengah mengandungkan anak pertama. Setahun setengah lepas tu, fara cuba upgrade jadi stokis. Dengan modal lebih kurang RM1,400+, al...